S.J.K.(C) Kg. Baru Parit Tinggi, Kuala Pilah telah mengadakan satu pameran buku baru pada 16-4-2009 waktu rehat di perpustakaan sekolah bagi murid-murid sekolah untuk tujuan memupuk sikap suka membaca di kalangan murid-murid. Pameran ini juga bertujuan mempereratkan hubungan antara guru-guru dengan murid-murid.
Pada hari itu, murid-murid telah berkumpul di perpustakaan sekolah pada waktu rehat, Guru Perpustakaan dan juga pengawas pustakaan sekolah telah mempamerkan buku-buku yang baru di atas meja. Murid-murid berasa sangat menarik terhadap buku-buku baru yang dipamerkan. Guru Perpustakaan telah memberi penerangan kepada murid-murid bahawa mereka boleh membaca buku-buku baru yang dipamerkan dan juga boleh meminjam balik untuk membaca di rumah pada hari akan datang. Murid-murid membaca buku-buku yang mereka pilih dengan persendirian dan juga yang membaca bersama-sama kawan mereka. Ada juga murid yang menanya soalan kepada guru tentang buku cerita yang mereka baca tersebut.
Melalui pameran ini, murid-murid telah menumbuhkan sikap suka membaca dan mereka tidak lagi membazirkan masa mereka pada waktu lapang.
Pada keseluruhannya, pameran buku baru kali ini telah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Guru Besar juga telah memberikan penghargaan yang tinggi atas kejayaan dan kerjasama semua guru kali ini. Ahli Jawatankuasa berkeyakinan akan mengadakan pameran untuk tahun yang akan datang.